Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Membawa Bahagia

Masa saya tengah khusyuk membuat assignment, sambil2 bukak facebook, dan sambil2 cari bahan dan wat ayat tuk speech public speaking competition khamis ni, tetiba tersentuh pulak terbaca komen sorang kawan ni tadi.

dia kata dia sedih bila buat assignment grooming. ( kami kena wat speech mengenai diri kami )

berdasarkan apa yang saya tau, dari cerita yang si kawan ni cerita, dia dah kehilangan ibu dia masa umur dia 3 tahun. Dan kemudiannya dia dibela oleh makcik nya.  Lepas tu, baru jer 2 tahun yang lepas dia kehilangan pulak ayahnya yang selama ni menanggung segala perbelanjaan dia... Hurrmmm... saya tak dapat bayangkan bagaimana lah saya kalau berhadapan dgn situasi macam tu. Di usia yang awal lagi dah kehilangan ibu tersayang, dan baru nak meningkat remaja, kehilangan pulak ayah, tempat mengadu. Sangat perit.....

Doa anak yang soleh akan membantu kedua orang tuanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti - nantikan oleh para orang tua di alam kubur.

Sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang, tetapi sayang seoran anak pada kedua orang tuanya ialah dengan doanya supaya kedua orang tuanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.


Sesungguhnya doa seorang anak yang soleh kepada arwah ibu bapanya yang telah meninggal dunia adalah satu amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh. Hal ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud : “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang soleh.” (Riwayat Muslim).


Oleh itu, berdoalah ya wahai sahabat. Moga roh kedua ibu bapamu ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh...







p/s : dah isi upu, tinggal nak kemas kini jer. isi walaupun tade muet. ade option belum ambil kan. pilih la yang tu... :). tapi rasenya peluang tipis. 


Thanks for reading :)

0 0 Comments...: