Aiman Tak Kesah~~~





Maaf sangat sangat kalau kalau ade yang rasa meluat dan menyampah atau tak puas hati dengan post2 sy sume2 ye.. Frankly said, memang sy wat blog nih bukan nak cari duit or nak populariti ker ape.  Post dlu pun dah sy bagitau awal awal yg sy wat blog ni sbb memenuhi tugasan, secara tak tersengaja time kelas masa semester 1 dlu.  time tu sebab nak memenuhi tugasan kelas.  kalau tak memang tak buat kot? 

Erm, sy memang jenis yg memang tak ambil port masalah2 dunia ni, berita2 sensasi sekarang, tengok berita tiap2 pukul 8 tu pun haram.  Kat rumah, pukul 9 onwards baru keluar bilik tuk tengok tv, sebab tau time tu mesti ayah dah abis tengok berita terkini kat tv3 tu... :)

Jadi, tuk share something kat blog ni memang amatlah payah kot bg sy.  Ape lagi nak buat entri2 hot cam blogger2 lain buat.  Alamak, memang sumpah tade idea lah tuk sume tuh.  Nak buat research lagi, nk cari info sume.  Wah, tak larat nak buat.  Ape yg sy suka tulis kat blog ni, mesti entri2 tentang sy, family, kawan2 dan orang sekeliling.  Memg tu jelah modal sy kan? erm, memang tu yg sy mampu. Penulisan ala diary.  Mintak maaf again kalau sape2 rasa sy ni annoying.  Kalau nak baca, silakan. sy tak marah.  Malah dialu alukan. Ahlan Wasahlan sy ucapkan. Tapi.... Kalau tak nak pun sy tak amek hati.  Kalau rasa penulisan sy di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda.  Ape kate orang , 


Datang tak berjemput, pergi jua tak berhalau.  Huuuu.... ~ 


Sorry again... :'(. Tetiba rasa cam nak private kan jer. 


Open for invited readers only...  


Waaa... sedih. Xpelah, akan difikirkan semula.... Sebab, 


Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.... kan?  


Bg yg tak suka tu, 


Dia tak suka sudah, kita memang tak boleh nak tutup mulut orang sebab orang tak pernah berhenti bercakap kan? 
Last.....................


Ala, tak salah pun. Tak berdosa pun kan. Huh. Aiman Tak Kesahhhh~~~~~ :P







Thanks for reading :)

0 0 Comments...: