Di Sudut Kamar Hatiku

Music on the moment Di Sudut Kamar Hatiku by Jamal Abdillah. penyanyi kegemaran Ayah. :) 


aku tak ada kekuatan untuk melepaskan. dan kadang aku rasa sangat selesa dan bahagia dengan kehidupan sekarang yang tak terikat dengan mana - mana hati, sehinggakan aku kadang - kadang rimas dengan kehadiran yang ingin mendekati aku. aku belum bersedia. aku masih dalam bayangan lama. aku masih menanti. aku tak suka komitmen. aku mahu berHIJRAH. aku pun tak pasti jawapan yg pasti. 


aku dan kau punyai keinginan yang berbeza. apa yang kau harapkan dari aku terlalu tinggi dari apa yang aku harapkan dari kau. dia tiada galang gantinya. aku masih di takuk lama, di bayangi kenangan dia tanpa mahu sesiapa menggantinya dirinya. kau kau dan juga kau hadir tanpa dipaksa tatkala aku sendiri tanpa dirinya. namun, aku tak mampu untuk membalas semula.


apa yang aku rasa, apa yang aku lalui takkan pernah ada yang mengerti. fahamilah, terimalah, maafi lah rasa hatiku ini.


p/s : penggunaan gaya tulisan BOLD dan UNDERLINE yang berlainan mengikut kesesuaian masing - masing mempunyai kekuatan makna tersendiri dan tersirat 


Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga

 Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan  terbuka, tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita

Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”.  

Thanks for reading :)

4 0 Comments...:

farah khairi said... [Reply to comment]

tu diaaa..hebat sungguh penangan cinta cik ZML..hahahaha...

FY said... [Reply to comment]

siap ade gaya tulisan bold n underline tu.. hehe ;p

bella said... [Reply to comment]

@erkies

untuk pemahaman yg lebih jelas... :)

nik lan nik mat said... [Reply to comment]

cinta mmg perlukan persediaan..

biarlah die dtg dgn sendiri tanpa dipaksa