BABY 134


Topik hari ini...hehee...my BABY..
Tu die dari bhg belakang. time tuh baru amek dari Perodua Bahau.
La ni dah pergi 1st service, la ni dekat 2000 km jugak la die travel...
tarikh 21st April 2012 I got my own car...:)

Thanks for reading :)

After a loooooongggggggggg time remain silent





Bismillahirrahmanirrahim....

Lamanya tak update blog.  kesian blog. takde hati lah..
but anyway biak p lah ape org nak kate...  


mcm2 berlaku sepeninggalan ku tak update blog nih. 
nak cerita satu persatu panjang...

START cerita dengan cerita pertama.  KERJA.....
sekarang dah masuk 4 bulan sy menjadi staff di National Feedlot Corporation.
as Secretary to Feedlot Manager. 
Alhamdulillah, sudah lepas bulan ketiga, Dah confirm.
nama company kalau didedahkan kat sini agak2 jdi isu tak...haha...(hanya org2 yg tau cerita je paham)
well, kalau sesiapa yg ambil tahu tentng perkembangan negara, mungkin akan tau tentang NFC nih.
tapi, ape2 yg berlaku pun, itu semua org atasan punya ceritalah...
org bawahan buat kerja carik rezeki mcm biasalah selagi takde ape2 yg melarang kita berbuat sedemikian.
kalau ikutkan gambar rack di atas, ada nama 3 org. Mejar, Nabila, Dr dali.
sume tu sebab...........before nih nama jawatan sy Secretary to Feedlot Manager & Abattoir Manager.
sebab tuh rack kene tulis name. kot tak huru - hara.
memang agak huru - hara lah jugak bila di beri tugas menjaga dua orang.
macam tak cukup kaki tangan 4 nih, kalau boleh sehari tu dipanjangkan, nak mintak sehari jd 48 jam...
tp sekarang, after 3 bulan. diringankan tugas.
diminta menjaga sorang je manager.  sorang lagi di carikan pembantu baru...
fuhhhh. lega sgt2...alhamdulillah..:)


Alkisah mulanya dulu planning nak further study.
tapi bila dah pegang gaji, jawatan (junior pun lg) 
tp, tak semestinya junior boleh jd senior kan.
selepas ditolak tambah, fikir2 balik. habis degree nanti lagi byk cabaran nak dapatkan kerja..
time dah kerja ni pun ada jugak pergi interview2 lain 
antaranya di UTEM, FELDA, dan ape lagi lupa.
still sekarang, tunggu jawapan dari FELDA. utem dah gagal.
baru lah sedar, memang double triple susah nak kerja sekarang 
nak2 fresh grad. 
after all, jawatan secretary nih pun diambil kira pengalaman.
sama jugak macam qualification. if pengalaman byk pun, boleh jugak demand gaji..
study insyaAllah, jika diizinkan buat PJJ.

sebelum ni ayah hantar pergi balik ke tempat kerja.
memang niat di hati nak je bawak moto,
tp mak ayah tak bagi. 
lagi2 sekarang nih punya time, kes ragut ape sume berleluasa.
start bulan 1, sy duduk dalam, rumah kakitangan.
tak tau lah kenapa dari awal tak mau duduk dalam.
ape yg nak disusahkan, 
fully furnished, api air tak payah bayar,
rumah apetah lagi.
pergi tempat kerja selang beberapa buah rumah je..
duit hanya untuk duit makan, bb nak untuk mak ayah jer..
hati takdak. tapi I HAVE TO. sampai bila nak duk bawah ketiak mak ayah je
bila duduk sendiri, semua kena buat sendiri. berdikari.
lagi2 MEMASAK sendiri. penat ke tak balik kerja tu, 
kena jugak memasak, fikir lauk ape nk masak otw jalan kaki balik ke rumah tu.
carik resipi di internet, tak pun terus je tanye emak...:)
baru lah tau kan cmane rase penat lelah mak memasak before ni..
lagi satu, dapat jugak kumpul harta sikit2. 
peralatan elektrik la kebykannya...yg lain dah memg company sediakan.



em...ape lagi...aaaaa.. MUET...aaaa...result tak seperti yg dijangkakan..:(

tp LESEN menggembirakan...:)))
bayangkan budak yg tak pernah pegang stereng kereta before nih,
yg hanya practise bawak kereta dgn acik isa ( tlg promote nih ) :p
hanya selama 5x, (kalau tak silap kira lah)
5 x tu pulak, hanya setiap hari ahad...
agak2 2 jam lah...
agak special jugak. sebab orang lagi practise setiap hari selasa - jumaat,
menunggu turn.
tp budak sorang nih disebabkan asyik balik malam je tiap2 hari,
so diizinkan untuk pektis hari dia cuti.
bertambah sadis, die cuti hari ahad jer....(sabtu 1/2 day) siap beritahu.
so...acik yg baik hati tu pun berkorban lah untuk si kecik ni
mengajar dgn penuh gigih,
sabar dan tekun nya.
maka...lulus lah budak ni mendapat lesen kereta dgn jpj
dgn markah 17/20....hehe



emm..i think tu je kot setakat nih yg nak dikongsi...
moga semua perjalanan hidup ku lancar dan dimurahkan rezeki, naik pangkat dan dipermudahkan urusan di tempat kerja dan orang2 sekeliling...amin.



Thanks for reading :)

Di Sudut Kamar Hatiku

Music on the moment Di Sudut Kamar Hatiku by Jamal Abdillah. penyanyi kegemaran Ayah. :) 


aku tak ada kekuatan untuk melepaskan. dan kadang aku rasa sangat selesa dan bahagia dengan kehidupan sekarang yang tak terikat dengan mana - mana hati, sehinggakan aku kadang - kadang rimas dengan kehadiran yang ingin mendekati aku. aku belum bersedia. aku masih dalam bayangan lama. aku masih menanti. aku tak suka komitmen. aku mahu berHIJRAH. aku pun tak pasti jawapan yg pasti. 


aku dan kau punyai keinginan yang berbeza. apa yang kau harapkan dari aku terlalu tinggi dari apa yang aku harapkan dari kau. dia tiada galang gantinya. aku masih di takuk lama, di bayangi kenangan dia tanpa mahu sesiapa menggantinya dirinya. kau kau dan juga kau hadir tanpa dipaksa tatkala aku sendiri tanpa dirinya. namun, aku tak mampu untuk membalas semula.


apa yang aku rasa, apa yang aku lalui takkan pernah ada yang mengerti. fahamilah, terimalah, maafi lah rasa hatiku ini.


p/s : penggunaan gaya tulisan BOLD dan UNDERLINE yang berlainan mengikut kesesuaian masing - masing mempunyai kekuatan makna tersendiri dan tersirat 


Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga

 Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan  terbuka, tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita

Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”.  

Thanks for reading :)

Jangan Menangis Melihat Video Ini

Mula - mula dulu ada jugak terbaca tentang video ni yg di share oleh artis yg kiut miut heliza helmi ni., tapi tak teragak pulak nak bukak mulanya. 

Lepas tu, keluar pulak di newsfeed fb, incik blogger terkenal lagi kiut nih, :), hamiasraff, pun ada wat entri khas untuk video nih. terus pegi blog dia, nak tengok ape la istimewa sangat video nih.

Nak bukak kat youtube, dah diremove oleh owner video tu. xtau lah kenapa kan?? 

Lepas tengok di blog incik hamiasraff, barulah sedar akan keindahan kata - kata dalam video ni. Memang sesuai dengan tajuk ' Jangan Menangis Melihat Video Ini'. Terus download dari beliau tuk diisi di entri ni... ;)

kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat. Semua orang menyangka kalau orang itu ada rumah besar ada makanan yang sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang. BELUM TENTU !


TIADA SIAPA MAMPU MENGHALANG KETENTUAN ALLAH

Teringat jugak talk yang disampaikan Pengasas Sendayu Tinggi , Puan Rozita Ibrahim, masa SIMEX yang diadakan di Felda Palong 9, " tak mustahil jikalau orang yang berkereta besar tu akan dicas lebih mahal oleh peniaga durian di tepi jalanan daripada penunggang motosikal"..

Tak semua yang kita lihat nikmat di dunia itu bahagia, hakikatnya tak terhitung oleh kita akan anugerah Allah. Mungkin kita tak dikurniakan harta , emas, tapi sebelum itu kita lihat dlu kat diri kita, cukup sempurna! kaki, tangan, kepala, jadi, BERSYUKURLAH !




Marilah, hayati isi yang mendalam video ini, Selamat Bermuhasabah ! ;)






update terbaru sy :

-mak dah mulakan operasi 'OPS RAYA' beliau. Sudah ada tugas yg diberi pada sy dan kakak, e.g, lap tingkap, iron langsir, lap perabut. Nasib lah ada kat rumah , kan. jadilah pembantu emak. ;)



Thanks for reading :)