Cinta Pertama, Hirisan Pertama.







Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.



Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya


Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..
Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal.


 Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat: 


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah:216 ]


Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

Tiada bumi yang tak pernah ditimpa hujan, tiada pipi yang tak pernah di basahi dengan air mata. Salah satu cara Allah sayangkan kita adalah dengan memberi dugaan dan ujian kepada kita, kerana Allah tahu, hati yang sedang berduka dan di uji ini selalunya lembut dan mudah untuk mendekatiNya..Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..semakin kita cuba mendekatiNya, semakin Dia dekat dengan kita. biarlah seluruh dunia membenci kita dan menjauhi kita, tapi ingat, Allah sentiasa ada bersama kita. remember that..

Kita di beri dugaan dan ujian setimpal dengan kekuatan kita untuk menghadapinya. Allah hanya memberi dugaan kepada hamba-hambaNya yang mampu. begitu juga saudara kita di Palestin, kerana Allah tahu mereka mampu mengharunginya..ini juga sudah tertulis dalam al-quran..


" Baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan."
[Al-Baqarah: 134 ]




nota kaki : Bermuhasabah di malam hari..

sumber : iluvislam.com








Thanks for reading :)

0 0 Comments...: