WHATT?? duduk lama boleh bawa maut???

sekadar berkongsi..sharing is caring rite..info ini saya peroleh dari salah seorang kakak di NRE yang telah meng'share'kan info ni bersama...memg menjd kebiasaan untuk warga NRE berkongsi maklumat dan hebahan melalui email di microsof office outlook..saya suka sistem ni.sebab praktikal dan mudah.xperlu bersush payah bagitau setiap staff kalau ade mesyuarat or pape hal yg urgent..emailkan je..email 2 pun bukan memerlukan internet..so kalo sistem down pun email still blh digunakan...

berbalik balik pada citer, ni die info tu...


 duduk lama boleh bawa maut.
pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.


Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut.

Penyelidik mendapat satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam - jam mengadap komputer.

Kajian akan disiarkan dalam New Zealand Medical Journal.




DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.

Pemberkuan boleh merebak ke hati, paru - paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan berkemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Keadaan itu juga digelar sebagai 'sindrom kelas ekonomi' kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk melegakan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.

Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.




Thanks for reading :)

0 0 Comments...: