17 hb , Tarikh keramat.





Ok, seperti yg dah digembar - gemburkan sebelum ni, 17 hb harituh adalah harijadi sy  Oleh itu, dikesempatan ini, sya ingin ucapkan terima kasih atas setiap ucapan yg diterima sama ada di alam maya ini, sms, mms dan panggilan telefon serta doa yang diberikan.  Tiada kata yang boleh sy lafazkan selain jutaan terima kasih dan terasa diri ini diingati jugak oleh teman2 tersayang.  Sy doakan yg terbaik jugak untuk kalian semua.   Ok , kat bawah ni sedikit nukilan dicoret sempena hari lahirku.




Bismillahirrahmanirrahim....


Terlebih dahulu ingin ku panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi peluang dan ruang kepada ku untuk melalui hari - hari penuh erti bersama insan - insan tersayang baik di sisi mahupun sahabat -sahabat handai yang sentiasa menemani.  Terima kasih buat ibu dan ayah yang telah mengasuh dan membesarkan... Tiada terbalas walaupun berbakti hingga ke hujung nyawa.  Dan pada setiap hari umur ku bertambah, usiaku menginjak, akan terasa sesalan jika tiada perubahan atau peningkatan yang baik pun berlaku.  Semoga dengan limpah dan rahmatNya, hari - hari yang dilalui akan membawa lebih ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki, dan hasrat yang tertanam akan termakbul jua hendaknya... Aminn, amin ya Rabb.











Dari kajian kat atas tu, tak dinafikan ada jugak yg betul terkena kat diri ni. Antaranya :
  • Berpewatakan yg mudah berubah... 
Komen : Sy memang suka berubah fikiran.  Selalu tak yakin dgn setiap keputusan yg dibuat.  Sebelum wat keputusan, pasti akan tanye orang - orang terdekat , mintak pendapat dorang.

  • Agak pendiam.
Komen : Yup, sy agak pendiam.  Selalu akan bercakap bila rasa perlu.  Dan tak berapa mesra or dengan orang yg baru kenal.  TAPI, TAPI kalau dgn kawan - kawan, family, atau org yg dah kenal, once sy dah bercakap, kadang tak boleh berhenti.  Ada jer benda mulut ni nak berceloteh.  Sampaikan dorang suruh diam. :p 

  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
Bila sy kata nak A, A jugaklah sy nak.  Apepun yg orang ckp , sy tak ambil kisah asalkan sy tau ape yg sy wat tu memberi kebaikan pd diri sy.  Bukan tak ambil peduli langsung nasihat org, sy dengar , tp tetap nak jugak ikut keputusan diri tu, walaupun tau kesan negatifnya.

  • Bercita - cita tinggi, suka berangan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Komen : Memang, sy mmg kuat berangan, suka rancang something tuk masa depan sendiri... Walaupun pd pandangan org - org keliling, perkara tu dianggap sgt mustahil tuk dicapai. Tp bila sy kata nak, nak jugak... Cth : Aim sy nak kerja lepas abis diploma ni, sementara nak tunggu panggilan further study atau interview kerja.  Sy rancang nak beli kereta hasil gaji kerja sementara tuh.. Tp kereta 2nd jerla, tapi cash. Kalau kereta baru, sape pulak nk sambung bayar kalau sy dah smbung belajar nanti.  Sy nak something tu, sy usaha sendiri. Tak nak menyusahkan org lain and family. Walupun sy anak bongsu. Tak bermakna sy manja ok.  Sy nk  jugak kereta sebelum melangkah ke satu anak tangga lagi dalam idup ni. Senang nak pegi mana - mana .Tp cam agak mustahil kan., kerja beberapa bulan jer, dah berangan nk beli kereta, cash pulak tuh.  HEHE... Family sume gelak jer. And setiap masa perli... 





  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Sifat cemburu yg sgt tinggi.


Yg lain - lain tu ada jugak betul.  Walau papepun, semua tuh hanya kajian semata - mata.  Tak boleh jugak percaya 100%..
Thanks for reading :)