sy di GANGGU...........

ok, first of all, nak highlite kan sikit kat perkataan tuh.
GANGGUAN

 Sedih, takut, dan dah tak berani lagi dah macam dulu.... Wawaaa... :'(.   Sebelum ni, saya memang berani jugak la duduk kat bilik sendiri walaupun sorang sorang, walaupun tade ROOMATE,  tade kawan sekelas di kawasan kejiranan bilik, tapi tu sume tak menghalang saya tuk duduk kat bilik tu.. bagi saya, sy memang sukakan privasi.  kadang kadang selalu jugak 'lone ranger'.  sorang sorang je ke mana mana.  tak kisah pun, kadang kadang lagi selesa seorang sebab.......  tak perlu jaga banyak hati. 

berbalik balik pada cerita tadi, GANGGUAN. Heee... erm seram jugak bila fikir2 kan. Xsangka perkara cam tu jadi kat diri saya. Tak pernah lak sebelum ni alami perkara2 camtu selain time kecik dulu jela. Ada history sikit. selain tu, memang tade la kene kacau ker, histeria, sampuk atau segala gala yang seangkatan dengannya lah.


"Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api" Surah Ar Rahman : ayat 15


tp, benda dah nak jadi kan, ceritanya camni.  hari selasa yang lepas, selasa malam rabu, as usual bila malam tu agak free je, bila tuk kelas keesokan harinya tade assignment yg nk kena hantar, or ada kuiz, ujian suma... saya pun apalagi, mengadap korea... lewat. sampai agak2 kul 3 baru tido.

masa tu tido memang lena sangat lahh. sbb penat sgt dah , mata pun dah letih.  keesokan pgnya, bangun, mandi, solat subuh.  masa mandi tu, tetiba rasa muka dan badan agak pedih sikit bila kena air. sgt pedih, mencucuk2, macam ada luka.  tp disebabkan time tu da agak lambat, xhiraukan pun. cepat2 solat, siap2 pegi kelas.  




".....sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka,...."




Mereka menjadi sebahagian penghuni di bumi bersama - sama dengan manusia. "surah al- a'raf : ayat 27


tengahari tu, bila balik aje dari kelas, msuk bilik macam biasa, terus mengadap cermin.  sekali tengok, kat muka ni ada beberapa kesan calar, cam cakaran. cam kucing cakar muka ni. kat pipi kanan panjang sikit, kat pipi kiri sikit, kat balik hidung agak panjang, and bawah hidung sikit .  masa tu, dah macam xsedap hati je. dalam ati tu pun bercakap, patut la time mandi td muka ni pedih semacam ja. rupanya pedih dek luka kesan cakaran nih. pg tu time siap2, mengadap cermin time solek tu tak perasan pulak, time tengahari baru jelas nampak. sebab kesan tu kemerah2an. maybe sebab tengahari kan.

selang 2 hari kemudian, masa kat bilik kawan pulak, time tu sy tengok2 muka ni kat cermin... *cam biasa. heee... hobi.  tibe2 kat cermin besar kawan saya tu,    sy terpandang kat kawasan bdn sy ni, kat area bawah sikit je dari leher, ada kesan cakaran lagi!!! time tu memandangkan sy memakai shirt yg agak lebar bukaan leher, sbb tu terpndang.   kali nih ada dua... panjang and clear sangat.... fuhh... masa tu memang dah tak mampu cakap ape la. terduduk kejap. tergamam. macam nak menangis pun ada jugak. seram, sedih, tertanya tanya sume laa.

terus cerita kt kawan, tnya pendapat dorang. biasalah, suma suruh pikir +ve, walaupun pda mulanya time citer kat diorang, air muka dorang da cam berubah, jelas menampakkan riak2 wajah keCUAKkan, heee..... ada yg kata mungkin sy tercakar sendiri guna kuku. xpun ada jarum ka kat atas tilam malam tu. atau pun ada kucing cakar. xpun kesan tu kena time sy wat aktiviti sukan rakyat petang tu ker. and cam2 lagi andaian lain.erm walau camane pun dorang cuba menenangkan hati sy, hati ni tetap tak sedap. yelah, diri sendiri yang lalui, diri sendiri yang rasa. 

sy xtau dah nk watpe. akak ketua blok suruh sy tido kat bilik kawan sebelah. Erm, macam susah je. dah la xsama kos, x sama kelas, xkenal sgt, tibe2 nk tumpang. lama tu, sebulan lagi kat sini.  last2, dipendekkan cerita, setelah berhar2 ulang alik kat pejabat asrama, follow up result surat tukar yg dah berminggu2 dihantar kali KEDUA , barulah diluluskan hari jumaat lepas. Itupun setelah datang kat pejabat asrama tu tiap2 hari. Alhamdulillah, di saat susah2 camni, Allah ada membantu.  Memang bersyukur sgt, sebab memang dah nekad tak nak dan tak akan tidur kat bilik tu lagi , walaupun ada kawan2 yg nak datang teman. Siang2 pun dah seram je nak masuk, inikan lagi malam, siap  tido kat situ.... HIssshh.... xmungkin. Heee

Harap2 kat bilik baru nih tade la 'kes2' macam hari tu lagi. Adatlah, dh dekat nk final, memang xleh nak elak. Anyway, thanx sgt2 kat kawan2 yg sangat baik hati tolong pindah2kan barang ari tuh.

zila, susai, kak miza, nurul, tiqa... thanx a lot ye sume2.


Firman Allah SWT yang bermaksud


"Katakanlah (Wahai Muhammad)."Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul dan tenggelam, yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia." (Surah An-Nas : ayat 1-6)




Sebenarnya rasa takut adalah hal yang wajar dan manusiawi, namun menjadi tidak wajar jika rasa takut tersebut ditanamkan kepada diri manusia untuk suatu tujuan tertentu.  Takut2 jugak... Tapi,,,,,,, kena gak ingat. 



Manusia telah ditentukan mempunyai derajat yang lebih tinggi daripada mahluk ciptaan Allah lainnya, kecuali jika manusia itu sendiri yang merendahkan derajatnya kepada mahluk lain (Jin).



Lagi pula setan telah bersumpah kepada Allah SWT, akan "menggoda" anak Adam hingga ke akhir jaman. Nah jika kita lihat sumpahnya setan kepada Allah itu cuma sebatas "menggoda" bukan "menakut-nakuti".
Atas dasar itulah sebenarnya manusia tidak perlu takut kepada Setan atau Jin dan teman2nya, cukuplah rasa takut itu kepada yang menciptakan Manusia dan Jin yaitu Allah SWT.




Thanks for reading :)

6 0 Comments...:

Shahrizat Ahmad said... [Reply to comment]

moral of the story..cik ctbella jgn la jadi lone ranger..nanti bende tu kacau lagi..^_^

Arepeace@ M.H.B said... [Reply to comment]

seram.....1st time masok bilik baru bce yasin

bella said... [Reply to comment]

@Arepeace@ M.H.B

ok2, tq... :)

bella said... [Reply to comment]

@IJAT360

heheeh.... insyaALLAH sy cube buang habit tu... :)

amira faqihah said... [Reply to comment]

JAGE diri kak ctbella

bella said... [Reply to comment]

@twinkle twinkle

tq dear mira... =)